Friday, January 8, 2010

tak sehat tak lazat.....

hehe... hari nie sempoi......tak sehat tak lazat...

Wednesday, January 6, 2010

Hadapi dengan senyuman :)

pergh.... keje byk... hampeh... tapi takper senyum jerk....

al-fatihah!!

moga roh oppa ku dicucuri rahmat... amin

Monday, January 4, 2010

Cinta Kedua

Di keheningan pagi yang segar sambil cahaya sinar mentari yang lembut memancar dengan rumput-rampai dan daun-daun yang sibuk menjalankan proses fotosintesis berserta iringan decitan kicauan burung yang sedang ligat mencari rezeki. Dunia terasa seperti sungguh aman dan jauh dari segala noda dan kotoran yang terpalit semalam ibarat bayi yang baru lahir kedunia gamaknya. Pagi itu, ibarat pagi yang murni bak hamparan kain putih tanpa secalit kotoran.

Tingkatan 5 sains kejuruteraan SMK Seri Gading mula seperti biasa dengan keriuhan dan gelak ketawa seperti di pasar malam lagaknya. Subjek pelajaran pertama yang berlangsung selama satu jam baru selesai. Cikgu baru saja keluar dan cikgu untuk subjek seterusnya masih belum tiba. Mungkin Cikgu Khatijah guru matapelajaran matematik moden sedang termengah-mengah dengan keadaan badannya yang agak besar mengambil masa yang agak lama untuk meniti tangga sekolah untuk sampai ke kelas 5 SK kerana kedudukan kelas yang agak jauh dan terletak di bangunan yang paling tinggi. Tak hairanlah kalau ramai pelajar Seri Gading menganggap Kelas 5 SK seperti kelas Penthouse. Dengan tangga yang agak curam dan tinggi pasti akan membuat sesiapa keletihan . sedang khusyuk mendengar Omar bercerita diselangi dengan gelak ketawa yang a

Lingam mula membuka ceritanya lagak seorang penjual barangan lelong kepada pembeli. Aril duduk sambil menjulurkan kakinya ke atas meja Boon Tan. Zack duduk bertenggek di atas kerusi. Benji pula sedang duduk sambil menongkat dagunya. Mereka gak kuat tanpa mempedulikan teman-teman yang berada disekeliling. Lingam tak menang dengan mulut, bercerita kalau boleh tangan pun ingin berkata-kata. Zack mencelah sekali-sekala. Ruang sebelah kiri kelas berdekatan dengan tingkap itu agak popular dan strategik dengan pemandangan yang memukau. Popular kerana gelagat empat palajar yang ibarat belangkas ini selalu naik turun bilik disiplin.

Pelajar- pelajar lain pun tidak kurang hebatnya dengan kumpulan mata sepet yang berpecah-pecah ibarat mesyuarat kongi gelap. Kumpulan mami jarum yang asyik dengan gossip hangat dan terkini. Masing-masing ada cerita sendiri untuk dikongsi rakan se “clique”mereka. Bagi 4 pelajar Aril, Lingam, Zack dan Boon Tan pula kedudukan mereka di dalam kelas ini membuatkan mereka cukup popular sehingga nama mereka meniti disetiap bibir cikgu sekolah SMK Seri Gading. Popular bukan kerana kepandaian mereka tetapi kenakalan mereka.

“Wei, Tan, kau pergillah panggil Cikgu Tijah, kau kan ketua kelas,’ tegur Lingam yang kurus tue pada Chan yang gemuk badannya.

“Ah, aku ketua jadi aku suruh kau yang pergi panggil.”

“Sedap mulut kau suruh aku. Aku bukan kuli kau tau.”

Perang mulut bermula , menambahkan lagi kebisingan yang ada. Zack mula mengapi-apikan keadaan yang sedia panas. Aril dan Boon Tan mencari akal untuk mencari mangsa yang akan di sakat. Mata mereka terumpu pada Halimah yang sedang khusyuk mengunyah keropok bekalan hariannya.

“Amboi, sedapnya dia mengunyah, tak pandang kiri kanan tue” suara Boon Tan mengusik.

“Lantak aku lah, kau apa sibuk, bukan kau yang bela aku.” Balas Limah sambil menjuihkan lidahnya.

“kau tengok tue Aril, eksyen betul minah sorang nie, orang tegur baik-baik macam tue dia balas.” Kata Boon Tan menahan geram.

Ala kau jangan layan sangat si gemuk nie, buang masa kau saja.” Aril menepuk belakang Boon Tan.

“Weh, gemuk, ko ingat kau cantik sangat ker juih lidah cam tue, aku gigit nanti melalak kau nanti,” Lingam mencelah dengan tiba-tiba membantu kawannya yang dilayan sebegitu rupa.

“ Ewah-ewah, sedap mulut kau aja kata aku gemuk yeak cermin sikit diri kau tue, baru kata orang faham, badan macam cicak kubing ada hati nak tunjuk lagak!”

“Bangun, selamat pagi cikgu.” Suara lantang Chan memecah kebisingan menyambut ketibaan Cikgu Tijah. Cikgu Tijah bukan datang berseorangan tetapi ada seorang gadis yang berada di sebelahnya. Mata pelajar 5 SK tertumpu pada insan yang satu ini tanpa mengedipkan mata. Seketika itu semua pelajar terpaku padanya. “ Siapa budak ni? Agaknya pelajar baru kot” bisik hati kecil Aril penuh tanda tanya.

“ Baik, kelas, ini saya kenalkan pelajar baru kelas kita yang baru mendaftarkan diri pada hari ini, Salwana sila perkenalkan diri pada rakan sekelas kamu,” pinta Cikgu Tijah bersungguh.

“Assalamualaikum semua, saya Nur Salwana Batrisha Binti Ahmad Gibran, panggil saja Wana. Sebelum ini bersekolah di selatan semenanjung, saya kini tinggal di Taman Ibukota, saya harap anda semua dapat memberi kerjasama sepanjang saya berada di sini, sekian terima kasih,” ucap Salwana penuh yakin, seyakin senyuman yang di lemparkan kepada setiap pelajar di dalam kelas 5SK

“Baik, kelas ada apa-apa soalan yang hendak di ajukan Salwana silakan,” pelawa Cikgu Tijah.

“Saya ada pertanyaan cikgu,” balas Boon Tan sambil mengangkat tinggi tangannya.

“Boleh saya tahu, Cik Salwana nie dah kahwin ker belum?” tanya Boon Tan sambil disambut sorakan rakan sekelas. Kelas gamat seketika,

“Boon Tan, cuba awak tanya soalan yang releven sikit, ini tidak perkara macam itu yang awak tanya, awak nak saya bawa awak ke bahagian disiplin sekolah ker?” Nada suara Cikgu Tijah mulai keras.

“Bukan, cikgu, Boon Tan tanya begitu mungkin kerana dia nampak inai di jari cik Salwana tue,” Aril cuba membela rakannya sambil mata tetap tertumpu pada wajah insan yang satu itu. Muka Salwana mula kemerahan, tidak dia sangka inai yang baru di pakai dua hari yang lepas menjadi perhatian pada pelajar kelas barunya itu.

Ala, cikgu takkan tak tahu perangai Boon Tan and the geng nie, memang macam hantu, pantang tengok perempuan lawa sikit mulalah nak mengatal,” Zakaria mula menunjuk lgaknya bak hero Hindustan yang suka menolong insan yang lemah, kali ini mangsa yang lemah yang hendak dibantunya ialah Salwana.

“Sudah-sudah, jangan bertekak lagi, Salwana, awak duduk sebelah Sharon,” cikgu memberikan arahan.

“Baik dan terima kasih cikgu,” Wana melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan kelas pun bermula seperti biasa. Tapi Aril tetap tidak mengalihkan matanya pada insan yang satu ini. Seperti ada satu tarikan elektrik yang Aril dapat rasakan. Dia dapat rasakan sesuatu yang dia sendiri tidak pernah rasakan sebelum ini.

“Hah..Aril kenapa awak tak duduk? Suka berdiri masa saya mengajar ke? Nanti saya suruh berdiri atas kerusi sepanjang masa saya mengajar baru kamu tahu,” tempik Cikgu Tijah.

“Eh.. tak cikgu. Saya tak suka berdiri masa belajar cikgu. Maafkan saya cikgu.”

“Biasalah tue Cikgu Tijah, Aril kalau tengok perempuan cantik memang tak sempat nak duduk.” Perli Zakaria

“Wooo…wooooo…..”semua pelajar Tingkatan 5 SK bersorak menyebabkan muka Aril merah menahan malu.

Dalam keriuhan itu Aril cuba mencuri pandang muka pelajar baru itu, terukir satu senyuman yang cukup indah di matanya. Aril pun tersenyum sendiri.

“ Sudah, diam semuanya. Saya nak mulakan pengajaran. Buka buku teks Fizik kamu bab enam dan baca. Selepas nie saya nak bertanyakan soalan” Arah Cikgu Tijah kepada pelajar kelas 5 SK.

Tanah Perkuburan Taman Ibu kota

Matahari melebarkan cahayanya menandakan kemunculan pagi yang di nantikan pada setiap makhluk Allah. Tepat pukul lapan setengah pagi, pintu perkuburan terbuka luas menantikan kunjungan pelawat yang ingin melawat ahli keluarga yang telah tiada di alam fana ini. Hanya setitip doa pengikat kasih mengharapkan supaya insan di alam kubur itu mendapat keredhaan dan kasih sayang yang mencipta kehidupan. Kelihatan dua insan yang sedang asyik membaca doa untuk arwah yang amat mereka kenali dan kasihi.

Al-Fatihah

Nur Salwana Batrisha Binti Aqil Gibran

Lahir pada 18 November 1982

Kembali ke Rahmatullah pada

1 Januari 2008

“Sudahlah Aril, yang pergi tetap akan pergi, kita yang masih ada ini haruslah banyakkan berdoa supaya dia yang berada di alam sana mendapat kasih sayang-NYA, lagipun perjalanan kita di dunia masih jauh lagi,” Gaza memujuk rakannya. Gaza faham akan keadaan rakannya yang satu ini. Dia juga faham bertapa tulusnya cinta rakannya ini kepada insan yang telah meninggalkannya tanpa di minta tanpa dipaksa, hanya takdir yang memutuskan segalanya. Kadangkala dia merasakan bertapa bertuahnya insan yang memiliki cinta Aril ini. Cintanya tetap utuh walaupun insan yang dia sayangi telah pergi menghadap ilahi. Dia juga menyaksikan kesetiaan Aril mengunjungi arwah setiap hujung minggu seperti rutin kehidupannya.

“Aku redha Gaza, tapi kau pun tahukan, kalau aku dapat selamatkan dia pasti dia masih bersama aku,” titisan air mata jatuh di pipi Aril tanpa di jemput. Kematian Salwana yang disebabkan kemalangan kereta dua tahun lepas itu masih menghantui fikiran Aril. Walaupun bukan dia yang menyebabkan kemalangan itu, dia tetap menyalahkan dirinya.

“Dahlah Aril, kita doakan sahaja kesejahteraan arwah, harap dia berada di samping hamba-hamba Allah yang dilindungi dari segala seksa.”

“Jom balik,matahari dah tegak nie, minggu depan aku teman kau lagi okay,” pujuk Gaza kepada Aril. Senyuman terukir dari bibir Aril tanda terima kasihnya kepada Gaza rakan yang banyak memberikan sokongan pada hidupnya di saat dia menghadapi saat getir memlalui kepedihan yang tidak di minta.

Kereta Myvi putih metalik special edition menderu laju kehadapan, menuju ke destinasi yang hendak masih belum pasti.

Aparment Seri Siska

tak pernah terpikir olehku

tak sedikit pun ku menyangka

kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

begitu sulit ku menyangkal

begitu sakit ku rasakan

kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

*di bawah batu nisan kini kau tlah sandarkan

kasih sayang kamu begitu dalam

sungguh ku tak sanggup ini terjadi

karna ku sangat cinta

ini lah saat terakhirku melihat kamu

jatuh air mataku menangis pilu

hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih

satu jam saja ku telah bisa

cintai kamu kamu kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa

sayangi kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup

di nantiku

satu jam saja ku telah bisa

cintai kamu kamu kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup

satu jam saja ku telah bisa

sayangi kamu di hatiku

namun bagiku melupakanmu

butuh waktuku seumur hidup

“Udah-udahlah tue Aril… tak payah ler kau ulang-ulang lagu yg sama. Tukar cd lain lah. Cuba pasang lagu hip-hop ker, R n B ker. Nie tak lagu sedih jerk. Apa hati kau tue tak leh nak di ubati lagi ke?” bebel Roni teman serumah Aril.

“Betul tue Aril, dah 2 thn dah dia meninggal. Kau yang masih hidup perlulah teruskan kehidupan kau juga. Aku pasti arwah juga tak suka kau berterusan begini. Dah lah tue. Jom malam nie kita tengok ‘movie’ kat ‘The Curve’ aku belanja,.” Cadang Gaza kepada rakan serumahnya.

“Wow aper mimpi kau nak belanja tengok ‘movie’ nie. Ada apa-apa ker? Gaji kan lambat lagi.” Tanya Roni penuh minat

Bersambung…..heeee

Boring tak menarik!!!

Macam hari semalam... masuk ofis tgk meja penuh ngan keje.... rasa nak bergaduh jerk ngan keje atas meja tue...tapi takpe sabar.... nanti kalau tak der keje boring plak... yang penting layan jerk...

ops...aku nak release story yg aku wat time secondary skewl dulu hehe.... tapi tak siap sepenuhnya... sila layan...heee

Tuhan beri aku cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini
Hampa...

Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Sunday, January 3, 2010

Hari Pertama keje!!

new year, new moon, new life, new step, new agenda, new story.....

hari pertama keje.... cam sengal.... keja byk atas meja... menyampah aku nak buat.... klu tahu amik cuti sampai bulan depan...haha